Pages

Monday 9 May 2016

Gaya bertudung

Sangat menawan dan comel bukan? Penggayaan selendang yang tampak kasual dan santai ini sesuai untuk pecinta selendang yang sedang mencari-cari gaya baru untuk dicuba. Anda boleh menggayakannya semasa ke pejabat, ke kuliah mahupun semasa makan angin atau bersiar-siar. Ia tidak memerlukan banyak perkara tetapi ia nampak sopan serta elegan. Yang paling penting sekali, ia tidak mengambil masa yang lama untuk digayakan! Pelbagai jenis aksesori juga boleh digayakan bersama untuk membuat penampilan anda lain daripada yang lain.



Gaya pemakaian selendang ini sesuai untuk semua peringkat umur. Selendang yang kelihatan loose atau longgar yang terbentuk pada bahagian leher menjadikan fesyen selendang ini tampak selesa dan tidak merimaskan, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas di mana tubuh badan anda memerlukan pengudaraan yang bagus. Cuba anda bayangkan anda sendiri memakai fesyen selendang sebegini. Pasti anda akan berasa selesa, sejuk dan nyaman sepanjang hari di tempat kerja mahupun di mana-mana anda berada. Pemakaian shawl seperti ini sangat praktikal, sangat mudah digayakan dan juga unik.




Model yang menggayakan fesyen selendang ini kelihatan sungguh manis bukan? Gaya pemakaian selendang ini menjadi pilihan ramai kerana langkah-langkah pemakaiannya mudah dan juga menutup aurat dengan sempurna. Ianya nampak manis jika digayakan oleh para remaja atau ibu-ibu muda. Jika anda terlambat untuk ke kelas, pejabat dan sebagainya, fesyen selendang ini boleh menjadi penyelamat hari anda. Ianya mudah, tidak memerlukan banyak benda dan sungguh selesa apabila digayakan. Jika anda masih baru dalam dunia selendang, anda memang wajib mencuba gaya selendang ini.

No comments:

Post a Comment