Pages

Monday 16 May 2016

GAYA FAREEDA



Lebaran yang dinanti akan tiba jua,serikan raya kali ini dengan Nour Sofea yang menawan.


Info dan Jualan Online sila layari facebook
-
Fareeda Pulau Pinang
Info dan Jualan Butik sila layari facebook...
- Butik Fareeda Bandar Bertam
- Butik Fareeda Permatang Pauh
https://www.instagram.com/fareeda.fashion.trend




Gembira di hari yang mulia dapat berkumpul sanak saudara di kampung halaman. Meriahkan raya dengan Aisya Diamond yang cantik dan anggun.
Info dan Jualan Online sila layari facebook
-
Fareeda Pulau Pinang
Info dan Jualan Butik sila layari facebook...
- Butik Fareeda Bandar Bertam
- Butik Fareeda Permatang Pauh
https://www.instagram.com/fareeda.fashion.trend




Gembira di hari yang mulia dapat berkumpul sanak saudara di kampung halaman. Meriahkan raya dengan Aisya Diamond yang cantik dan anggun.
Info dan Jualan Online sila layari facebook
-
Fareeda Pulau Pinang
Info dan Jualan Butik sila layari facebook...
- Butik Fareeda Bandar Bertam
- Butik Fareeda Permatang Pauh
https://www.instagram.com/fareeda.fashion.trend



Sunday 15 May 2016

Fesyen tudung terkini

RM 35

HANGAT DI PASARAN!!!





Ada 2 jenis kain iaitu Lycra dan Bubble chiffon. Bidang 60" mudah untuk bawa solat dan ibu menyusu tak perlu bawa nursing cover, shawl ni juga  boleh menutup dada dengan mudah semasa menyusu.Harga RM 35 & 38 SAJA..... Kalau berkenan mai beli terus jaaaaaaa, jangan malu-malu..........







MAI BELI MAI BELI!!!




Paling best instant shawl 2 muka, material yang paling sedap sejuk , mudah iron dan mudah dibentuk adalah chiffon..Tudung ni memang hot seller. Tak perlu pin, tak perlu brooch. Cepat sangat, hanya 10 saat dah siap...SESUAI UNTUK mereka yang ada anak 3-4 orang, tak yah nak ber pin pin bagai, anak tarik-tarik pun, tudung tetap terletak. Mereka yang kerja opis pun senang, pagi2 tak yah nak duk depan cermin lama2. Betul ka senang? tak caya? 














CARA MEMAKAI SELENDANG DENGAN MUDAH DAN KEMAS












Cara Pakai Tudung Bawal Labuh Jadi Selendang| Tudung bawal di jadikan selendang, memang menarik mudah dan cantik. Kalau sebelum ini 'Cara pemakaian tudung bawal', kini dah upgrade boleh jadikan selendang. Hari ini bukan Mek Cah yang buat tutorial tapi tertarik dengan satu tutorial pakai tudung bawal labuh jadi selendang. 








Tinggal beberapa bulan sahaja lagi umat islam bakal menyambut bulan Ramadhan. mesti ramai kaum wanita mula sibuk mencari baju raya, tudung raya , kasut raya dan semuanya mestinya nak baru di sebabkan Raya!. opss pesanan untuk wanita di luar sana tolong jangan boros sangat yup, kesian kat cik abang anda. Mihmih






































GAYA MUDAH MEMAKAI TUIDUNG BAWAL MACAM SHAWL

Antara perkara yang diperlukan:

  1. Tudung bawal ataupun segi empat (bercorak atau kosong)
  2. Inner neck atau anak tudung
  3. Jarum peniti
  4. Pin kerongsang

Langkah-langkah:

8 Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 1
  • Letakkan tudung bawal atas kepala dan mulakan dengan langkah asas memakai selendang iaitu membahagikannya kepada bahagian yang panjang dan pendek. Terpulang kepada anda untuk menentukannya sama ada di sebelah kiri atau kanan. Kemudian sematkan kerongsang di bawah dagu.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 2
  • Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung yang panjang dan bawakan ke sebelah kiri sehingga ke bahagian atas kepala anda.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 3
  • Lilitkan dengan kemas dan pastikan tiada kedutan mahupun lipatan untuk hasil yang cantik. Pastikan lilitan itu tidak terlalu ketat dan longgar untuk keselesaan anda. Kemudian, sematkan jarum peniti di bahagian atas kepala.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 4
  • Sebelum ke langkah seterusnya, betulkan alunan selendang yang terbentuk untuk efek yang cantik dan kemas. Ambil bahagian belakang tudung bawal dan bawa ke bahagian hadapan. Rujuk gambar untuk lebih faham.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 5
  • Pada langkah ini, anda harus mendapat hasil seperti di dalam gambar. Anda bolehlah betulkan-betulkan alunan yang terbentuk tadi untuk efek yang lebih kemas dan cantik. Setelah puas hati, sematkan jarum peniti di bahagian kedua-dua tepi kepala dengan kemas.
Langkah Mudah Dan Kreatif Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 6
  • Pada langkah ini, satu lipatan akan dilakukan untuk mencantikkan visual gaya tudung ini. Seperti di dalam gambar, ambil bahagian hujung tudung dan bawa ke bahagian belakang kepala.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 7
  • Kemaskan dan kemudian sematkan jarum peniti dengan kemas.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 8
  • Kemaskan tudung dan alunannya sebagai langkah terakhir anda.
Langkah Mudah Menggayakan Tudung Bawal Seperti Selendang 9
  • Voila! Inilah hasil terakhir gaya ini. Menarik dan kelihatan menawan bukan? Cubalah sendiri!
Melihat kepada gaya ini, tiada sesiapa sangka yang ia menggunakan tudung bawal, bukannya selendang. Sedikit sukar untuk dipercayai, tapi percayalah hanya dengan sehelai tudung bawal ataupun tudung segi empat ini anda juga mampu tampil bergaya dan eksklusif seperti memakai selendang.
Gaya yang menarik ini juga bersesuaian dipakai ke mana-mana jua pada bila-bila masa. Sekiranya anda memutuskan untuk menggayakannya di majlis-majlis istimewa, hanya tambahkan penggunaan aksesori seperti rantai untuk menyerlahkannya. Pelbagai koleksi jarum peniti yang menarik dan cantik juga boleh di dapati dengan mudah di mana-mana pada hari ini. Hanya pilih dan kemudian gunakan pada gaya tudung ini. Itu sudah cukup untuk menyerikan penampilan anda. Sekiranya anda menggunakan tudung bawal yang bercorak, pastikan anda bijak memilih aksesori tambahan agar tidak kelihatan serabut dan mencacatkan penampilan akhir anda.

Monday 9 May 2016

Gaya bertudung

Sangat menawan dan comel bukan? Penggayaan selendang yang tampak kasual dan santai ini sesuai untuk pecinta selendang yang sedang mencari-cari gaya baru untuk dicuba. Anda boleh menggayakannya semasa ke pejabat, ke kuliah mahupun semasa makan angin atau bersiar-siar. Ia tidak memerlukan banyak perkara tetapi ia nampak sopan serta elegan. Yang paling penting sekali, ia tidak mengambil masa yang lama untuk digayakan! Pelbagai jenis aksesori juga boleh digayakan bersama untuk membuat penampilan anda lain daripada yang lain.



Gaya pemakaian selendang ini sesuai untuk semua peringkat umur. Selendang yang kelihatan loose atau longgar yang terbentuk pada bahagian leher menjadikan fesyen selendang ini tampak selesa dan tidak merimaskan, lebih-lebih lagi dalam cuaca yang panas di mana tubuh badan anda memerlukan pengudaraan yang bagus. Cuba anda bayangkan anda sendiri memakai fesyen selendang sebegini. Pasti anda akan berasa selesa, sejuk dan nyaman sepanjang hari di tempat kerja mahupun di mana-mana anda berada. Pemakaian shawl seperti ini sangat praktikal, sangat mudah digayakan dan juga unik.




Model yang menggayakan fesyen selendang ini kelihatan sungguh manis bukan? Gaya pemakaian selendang ini menjadi pilihan ramai kerana langkah-langkah pemakaiannya mudah dan juga menutup aurat dengan sempurna. Ianya nampak manis jika digayakan oleh para remaja atau ibu-ibu muda. Jika anda terlambat untuk ke kelas, pejabat dan sebagainya, fesyen selendang ini boleh menjadi penyelamat hari anda. Ianya mudah, tidak memerlukan banyak benda dan sungguh selesa apabila digayakan. Jika anda masih baru dalam dunia selendang, anda memang wajib mencuba gaya selendang ini.